Pages

Monday, October 3, 2016

Demam Kuning Hayqal Naik Balik

Pada 30 September yang lepas, aku dan wife bawak baby Hayqal ke Klinik Kesihatan Ijok, follow up demam kuningnya...

Jika sebelum nih bacaan demam kuningnya turun ke 173.5, kali nih bacaannya naik balik iaitu 179.1...huhu


Situasi ini dipanggil "prolong jaudince", demam kuning yang berpanjangan, dah hampir 3 minggu demam kuning Hayqal...so doktor suruh ambik darah banyak sikit, kali nih ambik di tangan, urat tangan...

Darah yang lebih banyak diperlukan untuk melakukan ujian yang lebih lanjut untuk mengetahui sama ada sebarang jangkitan atau tidak, malah sampel air kencing Hayqal pun diperlukan...berdebar pulak nak tunggu hasil ujiannya yang akan siap dalam masa 1-2 minggu...

Hayqal menangis kawkaw ketika darahnya diambil oleh jururawat bertugas, aku dan wife yang menunggu di luar bilik dengar dengan jelas tangisannya...

Selesai darahnya diambil, wife masuk untuk mendapatkan Hayqal...sebaik keluar bilik, kelihatan air mata wife bergelinangan...

Wife terlalu sebak melihat Hayqal yang menangis sehingga mengeluarkan air matanya dan hampir hilang suaranya, ya lah bayangkan kita yang dewasa nih pun sakitkan bila dicucuk untuk diambil darah, inikan pulak baby Hayqal yang kecik tuh...huhu

Semoga baby Hayqal cepat sembuh demam kuningnya, amin...


Saturday, October 1, 2016

Wife Berpantang di Ijok


Asalnya wife nak berpantang 2 minggu jer di Ijok, agak singkat sebab almaklumlah Mifz dah sekolah kan...takut dia ketinggalan pulak kalau ponteng lama-lama...

Tapi kini dah lebih pun 2 minggu, hasil perbincangan dengan wife kami setuju untuk teruskan berpantang di Ijok...

Isu persekolahan Mifz dah jumpa cara penyelesaiannya, pagi-pagi sebelum pergi kerja aku akan hantar Mifz ke rumah pengasuh...petangnya pulak lepas balik sekolah, Atuk akan ambik Mifz bawak balik Ijok...

Aku sendiri buat masa ni ulang alik Ijok-Kota Kemuning-Ijok setiap hari bekerja...yup letih memang letih, takpelah bukan lama sangat pun, janji dapat jumpa family tercinta setiap hari...

Wednesday, September 28, 2016

Mifz dan Mr Bean


  • Semalam Mifz mengadu ada sorang rakan perempuan sekolahnya bagitau,

    "Eh muka awak samalah macam Mr Bean"

    Mama pelik kemudian tanyalah Mifz kawan perempuan dia cakap sama tang mana?

    Mifz menjawab,

    "Sama macam nih (sambil jari tunjuk ke arah tahi lalat di mukanya")

    Mama blur, kebetulan tengah tengok kartun Mr Bean kat TV...

    Mama,

    "Eh yer la sama (sambil ketawa)"

    Mifz pun merajuk...😂😂